Akan Makan Dalam Jika Faham

dalam hidup ini
semua rasa susah
tiada yang senang
sebab?
sebab hidup adalah proses belajar
setiap hari perkara baru
setiap kali itu pertama juga

proses juga disulami benang-benang
benang pengalaman dan dugaan orang kata
jika tiada benang
tidak menarik bukan peragaan

dan
setiap manusia juga perlukan peragaan

oleh itu
tidak perlulah merungut perkara-perkara yang tidak penting
saat merasa diri itu paling terseksa di dalam dunia
boleh merungut
tetapi jangan exaggerate
faham?

saat merasa diri paling menderita
fikirkan sekeliling
ramai lagi orang yang menderita
kebuluran
kehinaan
kedustaan

kita ini bukanlah teruk mana pun
belajarlah untuk bersyukur
jangan duk mengkondemkan mengenang nasib duka lara diri sendiri aje

paling penting
Allah masih sayangkan kita kerana masih memberi hidayah kepada kita
jika mahukan sesuatu
berusahalah
dan berdoalah

doa itu akan dimakbulkan juga
semua doa
ada disebutkan di dalam kitab
tetapi bila tidak diketahui
jika tidak hari ini atau untuk perkara ini
ia akan disimpan untuk masa hadapan

hidup
bukan mudah
jadi
jangan berlagak budak kecil
grow up
biasalah tu
baik banyakkan amal
dunia nak kiamat sudah pun ini

makin banyak berkata
makin banyak kelemahan dikesan
hentikan rungutan
pandang hadapan

dunia ini bukan berkisar tentang dunia kau sahaja
fikir dalam-dalam apa tujuan kau diciptakan Allah SWT
banyakkan belajar ilmu luar kotak
pasti kau tidak kekotakan lagi







Genitalia Hanya Lucah Bagi Orang Yang Cetek Penafsiran

ada masa
ditalu-talu
hendak sahaja hentam

tapi
entah
semakin tua
semakin malas

malas berkomunikasi sia-sia
malas "bertaki babe" bahasa tempatannya

jadi
benarlah
orang putih berkata
diam sahajalah

bosan sudah

mengira detik mengangkat tup-tap
tata baba dada sahaja masa itu

"ngeh-ngeh"





s.a.m.p.a.h - seperti angin malam , penuh anganan hitam

sampah
dari kasar mata
memang terserlah kesampahan
dari fizikal mana sekalipun
tetap sampah
tetapi jika dibuka kunci mata
sinar bakal ditemu

sinar yang menukar sampah
kepada gerabak-gerabak berniat suci
pembentung-pembentung
dan rakan-rakan
hanya jika dan dengan jika
mata yang memandang bukan mata kosong

mengitar semula sampah
tentu bukannya mudah
begitu juga diri kita
jika merasa terlalu sampah pada suatu sepah
celikkan mata
binalah faedah pada dada
dengan ketakjuban di hati
pasti sinar akan ditemui

seperti sampah
nama sahaja sampah
tetapi berfaedah .





Memberi Itu Tanda Bersyukur

Salam.
Sudah lama tidak menulis di sini.Agak lama juga sehingga pergerakan penaipan saya juga sudah tidak selancar dahulu.

Banyak idea untuk saya tulis.Cuma masa tidak mencukupi.Ya. Manusia seperti kita ini sering merungut tiada masa untuk membuat benda berfaedah.Tetapi,cuba tenung kembali apa yang telah kita lakukan dalam kehidupan seharian.

Hampir 70% dari perbuatan kita setiap hari adalah perbuatan sia-sia sahaja . Ini adalah anggaran rambang saya.Jangan terus menembak saya jika anggaran ini salah.

Apakah perkara sia-sia itu?Mari kita senaraikan.


  • Online tanpa sebarang tujuan khas , yang dapat dipecahkan lagi kepada beberapa bahagian . Contohnya , pernahkah anda konon-kononnya hendak online sekadar untuk mengemaskinikan mel elektronik yang hanya perlukan 5 minit tetapi berkesudahan dengan membuang masa selama sejam di laman-laman web Youtube,Facebook dll.

  • Menangguh-nangguhkan perkara yang penting seperti solat dan makan.Cuba bayangkan jika kita solat awal ? Masih ada waktu untuk kita membaca Al-Quran dan dapatlah kita solat dengan tenang dan khusyuk.Tetapi,kalau lagi 50 saat habis waktu baru hendak mendirikan solat,berdendanglah lagu Ekspress Rakyat ya kawan-kawan.

  • Berangan melayari permainan minda. Ya! Itu juga membuang masa.Baik kita fikirkan sejenak bagaimana hendak membuat duit atau bagaimana menambahkan keimanan dan ketaqwaan kita dengan penuh bersemangat.Pernah dengar "Berfikir sesaat itu lebih baik dari mengumpat orang" ?

dan pelbagai lagi yang anda boleh senaraikan.

Cuba kalau semua perkara itu dikurangkan? Pasti kita akan mendapati hidup kita lebih terurus.Kurang tekanan.Malah lebih banyak masa untuk diluang kepada pelan-pelan mega kita yang lain.

Tetapi,itu bukanlah matlamat penulisan saya pada malam ini.

Saya tertarik untuk mengulas topik di atas.

Seringkali kita dengar bahawa orang sering mengadu ke-tak-cukup-an duit. Saya juga sering begitu.Dan apabila keadaan ini berlaku,akan berlakulah ayat ini "Untuk diri sendiri pon takde duit,nak bagi kat orang laen.Ape kes? "

Saya adalah mangsa sindrom kedekut untuk 80% tempoh hidup saya setakat ini.Tetapi,tuan-tuan, tiada gunanya jika kita bersikap kedekut.Sikap kedekut itu hanya akan membuatkan kita sentiasa berfikir "cukup ke tidak" duit kita itu sehingga membawa kepada ke-tak-tenang-an dalam diri yang lantas membuat kita sentiasa merasa duit tidak cukup.

Tetapi,jika kita lapangkan diri,dan mula memberi daripada hanya menerima,kita akan melihat kesan yang baik.Antara kesan-kesannya adalah :

  • Apabila kita mula memberi , walaupun duit itu atau harta itu semakin kurang , tetapi kita akan melatih diri kita dengan rasa bersyukur dan tidak terlalu memikirkan duit.Kita sentiasa merasakan duit itu cukup untuk kita .Itulah yang dinamakan nikmat yang Allah berikan kepada orang yang pemurah.Hanya jika kita ikhlas ya.Kalau memberi itu untuk riak semata, baik tak payah.

  • Orang yang menerima pemberian akan mendoakan yang baik-baik untuk kita.

  • Sebenarnya dijanjikan Allah rezeki yang lebih untuk kita yang kita mungkin sedar atau tidak sedar pada masa hadapan.

  • Kita akan mendidik diri kita untuk lebih dekat dengan sifat-sifat murni yang lain.Cuba didik diri anda untuk menderma di masjid dengan kuantiti besar dengan keikhlasan dan menginsafi nasib orang lain yang susah.Pasti anda akan ingin menderma lagi. Pasti anda tidak terlalu materialistik.Tetapi ikhlas itu penting.Bukan derma sebab nak riak.Ini baru derma 100RM nak masuk paper,susah la bro.

  • Insaf terhadap hakikat bahawa kita hidup di dunia bukan seorang sahaja.Banyak lagi orang susah.Sekurang-kurangnya ada juga tujuan kita hidup ini.Sila lihat orang Melayu terkaya Malaysia.Dia kaya,bina masjid besar-besar di tengah-tengah KL.Ingat harga seringgit ke tu?Mahal.Tetapi Allah sentiasa murahkan rezeki dia.Inikan pulak kita yang "no one" ni.Kalau nak kedekut juga,tidak tahulah nak cakap apa.

dan lain-lain.

Begitu juga dengan ilmu.Jika kita ada suatu ilmu,janganlah kedekut sangat ilmu.Ajarkanlah kepada orang lain.Tiada guna ada ilmu jika hanya anda seorang sahaja dalam komuniti yang ada ilmu itu."Tak fun lah" orang muda kata.

Makin banyak anda ajar,makin banyak anda dapat.Ilmu itu tidak semestinya ilmu akademik.Ilmu macam ini pon boleh.Contohnya macam saya,saya ini terfikir benda ini,saya bagi kepada anda.Saya sudah dapat banyak kelebihan.

Kelebihannya adalah :

1-Saya melatih kemahiran menulis.
2-Sekurang-kurangnya jika orang amalkan,saya dapat pahala.
3-Saya telah mengingatkan diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

Betul.Saya sering mengalami perasaan ini.Sambil menulis,sambil mengingatkan kepada diri sendiri. Kemudian insaf terhadap apa yang saya lakukan. Dan , saya akan memperbaiki diri. Begitulah seterusnya.

Itulah apa yang saya ingin sampaikan kepada anda semua.Semoga mendapat kebaikan di situ.Insya-Allah.

Assalamualaikum.

p/s:jika ingin ambil artikel ini,ambillah.Tetapi kreditkan link blog saya.





Menulis

Assalamualaikum.

Saya merupakan penulis blog ini.Dahulu sering saya kemaskinikan blog ini dan menulis tulisan baru.Tetapi, 3 bulan lepas saya bercadang berhenti menulis seketika.Penat mungkin?

Tidak mengapa.Tiada guna membicarakan sebab dan musabab perbuatan saya itu.

Saya kini berkeputusan untuk menulis semula.Tetapi dengan wajah baru.Yang bermaksud,segala post-post lama tulisan saya di blog ini saya telah padamkan.

Selamat Membaca tulisan yang bakal saya tulis dalam masa terdekat ini!