7.2.13

Nota Jalanan Ke Yaroslavl,Russia - Bahagian II.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Hidup Dunia ini sememangnya tidak pernah menjadi benar-benar indah.

Dan hidup Dunia ini bukanlah Tempat Berehat.

Sebaliknya - tempat 'bekerja'.

Itulah Punca mengapa kadangkala kita dapat melihat orang yang terlalu banyak 'rehat'-nya - tapi mengadu 'dirinya kebosanan'.

Kelihatan seperti suatu Ironi.

Tapi hakikatnya itulah Hidup Dunia.Ia bukan tempat berehat.Ia tempat 'bekerja'.

"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu" [Fussilat : 30]

Dalan Penulisan kali ini - saya akan menyambung Perkongsian Bergambar Coretan saya semasa Kelana ke Yaroslavl,Russia baru-baru ini.

Selamat Membaca!

*** *** ***

16-17 Januari 2013

Saya suka mengembara.Mengembara banyak menyedarkan diri saya dalam Pelbagai Perkara.

Saya harap Perkongsian tentang Pengembaraan-Pengembaraan saya di Pena Maya selama ini - membawa manfaat untuk kita semua.



Caption Asal Gambar : Kelas Fiqh Ekonomi Islam di dalam Perpustakaan Masjid Yaroslavl. Kelihatan berkopiah putih,Imam Ahmed.

Penerangan Tambahan : Memang kebiasaannya jika saya pergi ke mana-mana Masjid di dalam Russia ini,saya akan cuba melawat Imam/Bilal/Jawatankuasa Masjid berkenaan.Tujuannya?Berkenalan dengan Umat Islam di situ.Melihat cara hidup mereka,semangat mereka dalam mendalami Islam - agar dapat dijadikan Motivasi untuk diri yang selalu alpa ini.


Caption Asal Gambar : Suasana Pengajaran di Perpustakaan Masjid Yaroslavl.

Yang mengajar sudah Tua,yang diajar juga sudah Tua.

Tiada istilah 'terlambat' dalam mengubah diri ke arah kebaikan.

Penerangan Tambahan : Ada 'moment' tertentu - di mana saya teringin untuk mendalami Islam secara 'Official'.Melihat gambar ini kembali ketika menulis Penulisan ini,hati sedikit sebanyak tersentuh.


Caption Asal Gambar : Saudara-Saudara kita di Bumi Yaroslavl.

Pada mulanya mereka enggan dirakam gambar mereka,tapi atas dasar meraikan Tetamu - Imam Ahmed bersetuju,lantas disertai yang lain.

Betapa mereka memuliakan Tetamu.Tapi sayang,saya tidak mengingati nama mereka yang lain.

Dan jika ada yang tertanya kenapa Tangan mereka dibuat sebegitu - apakah maksudnya?

Itu adalah Perlambangan kepada '1 Akidah' - Allah itu Maha Esa.

#Menarik.

Penerangan Tambahan : Jika anda seorang Muslim,pergilah ke mana sahaja di dalam Dunia ini yang ada Muslim menghuninya di situ,pasti anda akan mempunyai 'Saudara' secara Automatik apabila menjumpai Umat Islam lain.Indahnya erti Persaudaraan dalam Islam.


Caption Asal Gambar : Saudara Mavlon (Uzbekistan) juga bergambar dengan Simbolik Tangan yang sama - satu Mesej yang jelas - Tiada Tuhan Melainkan Allah SWT.Gambar dirakam di Kafe Halal,Masjid Yaroslavl.


Caption Asal Gambar : Rak Buku Perpustakaan Masjid Yaroslavl.

Penerangan Tambahan : Hari ini,kebanyakan kita merupakan Umat yang amat Malas Membaca - Fakta.Setuju?


Caption Asal Gambar : Keluar dari Masjid,kembali melihat Kejahilan berleluasa di Sekeliling.

Masyarakat Moden yang mengamalkan Cara Hidup 'Purba'.


Caption Asal Gambar : Malam di Yaroslavl.Matahari sudah terbenam.Kini masa untuk berehat.

*** *** ***

Itu Sahaja

Itu sahaja untuk kali ini.Akan bersambung dalam Siri seterusnya.

Semoga bermanfaat.

Doakan saya.Doakan juga Keluarga saya.

Apa-apapun yang berlaku,jangan pernah kita 'lari jauh' dari 'cara hidup yang sepatutnya'.Mohonlah agar diberi kekuatan dan ditetapkan hati.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Doakan Urusan Penulisan Buku saya dipermudah.Insya-Allah Nota Jalanan Ke Yaroslavl ini akan dimuatkan juga dalam Buku itu nanti.Cuma perlu diolah semula Penulisannya.


2 comments:

  1. Diharap apabila menulisan buku itu siap, bolehkah kiranya pihak pena maya post kan 1 copy untuk saya. Saya begitu teruja untuk memilikinya barang sebuah. Terima kasih dan assalamualaikum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam..buku akan dterbit dlm bentuk ebook...

      Delete